Rabu, 28 Januari 2015

tahniah kepada pasukan bola baling

beberapa minggu yang lepas sk sg taka telah menghantar peserta bagi mengikuti kejohanan bola jaring antara sekolah sk sg batu
berikut adalah keputusan bagi sk sg taka

pasukan lelaki - tempat ke 4
pasukan perempuan - tempat ke 3

tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan diatas kejayaan pasukan bola baling sekolah ini

diharapkan di masa akan datang pasukan ini akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang lagi

Rabu, 21 Januari 2015

BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

TARIKH : 20-01-2015
HARI : SELASA

pada tarikh tersebut telah diadakan satu majlis penyampaian bantuan kepada semua murid sk sg taka
majlis ini telah disempurnakan oleh PK Pentadbiran Ustaz mohd Najib

tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini

Rabu, 14 Januari 2015

salam perpisahan

salam perpisahan dan ucapan tahniah diucapkan kepada mantan PK HEM SK Sungai Taka, En. Shobri Bin Rejab diatas kenaikan pangkat beliau dan ditukarkan tempat bertugas baru di PPD Kulim Bandar Baru.

semoga lebih berjaya bertugas di tempat baru

hari pertama persekolahan 2015 sk sungai taka

selamat kembali ke sekolah kepda semua murid sk sungai taka

penangguhan sesi sekolah 2015

seperti semua sedia maklum..pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menangguh sesi persekolahan 2015 pada 11/01/2015..

pihak sekolah ingin merakam ucapan takziah kepada semua pihak yang terlibat dengan banjir...bagi golongan guru yang terlibat dengan banjir diharapkan terus tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian ini...semoga menjadi guru yang lebih berdedikasi lagi

kepada semua murid yang terlibat dengan banjir jaga keselamatan diri dan kesihatan agar dapat meneruskan pembelajaran pada sesi 2015 ini..

pihak kami mendoakan agar semua musibah ini akan reda dengan cepat

mesyuarat guru

tarikh : 29/12/2014
hari : isnin
tempat : bilik mesyuarat

pelbagai agenda yang telah dibincangkan bagi meneruskan kecemerlangan sekolah ini

selamat kembali ke sekolah

assalammualaikum...
terlebih dahulu pihak pentadbir blog ingin memohon kemaafan kerana telah lama tidak mengemaskini blog sekolah ini..

pihak kami mewakili semua warga sk sungai taka ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid.
terutamanya kepada murid prasekolah dan murid tahun 1...
semoga tahun ini sekolah akan terus meningkatkan kecemerlangannya dalam semua bidang