Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, saya ingin mengalu-alukan anda untuk bersama-sama dengan kami dalam era Teknologi Maklumat .
Menerusi blog sekolah ini dapatlah kita sedikit sebanyak menyahut seruan
negara untuk menjadikan dunia pendidikan ini bergerak lebih jauh ke
hadapan seiring dengan cabaran negara untuk mencapai wawasan 2020, di
samping bersama-sama mengharungi cabaran-cabaran dunia Era Globalisasi .
Diharapkan melalui blog ini, semua pihak yang berkenaan dapat memperolehi maklumat dan info aktiviti semasa yang berlaku di sekolah ini.
Akhir sekali saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan sekalung
budi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembikinan
blog di sekolah ini.
Terima kasih.
Guru Besar
En Mohamed Khairudin Bin Jaffar
Sekolah Kebangsaan Sungai Taka
Serdang, Kedah Darul Aman