Sabtu, 23 September 2017

Lawatan Sambil Belajar di Langkawi

Destinasi lawatan pada kali ini ialah Pulau Langkawi. Lawatan bermula 21 hingga 23 September.

Tujuan lawatan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid. Alhamdulillah program berjalan lancar. 

Moga murid-murid dapat menerima input yang berguna sepanjang lawatan dijalankan.

Selasa, 19 September 2017

Majlis Apresiasi Keceriaan Negaraku 2017

Pada hari ini, Guru Besar iaitu Cikgu Khairuddin dan Cikgu Hayazi ke Dataran DSA di Jeti Semeling, Sungai Petani untuk menerima sijil, plak dan wang tunai bagi kejayaan Johan Pintu Gerbang dan Johan Hiasan Kawasan Sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini.

Ahad, 17 September 2017

Program Pasca UPSR 1

Murid-murid tahun 6 mengikuti kursus pengendalian jenazah yang dianjurkan oleh Masjid At-Tuqa dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Taka.
Moga ilmu fardu kifayah ini, dapat menjadi bekalan kepada mereka kelak.



Isnin, 11 September 2017

Selamat Menduduki Ujian UPSR

Seramai 21 orang calon akan menduduki UPSR bermula pada 11-14 Oktober 2017.
Warga sekolah mendoakan kejayaan kamu semua.
Sepanjang peperiksaan, para waris dan guru akan membaca surah Yasin.


Khamis, 7 September 2017

Pertandingan Keceriaan Negaraku 2017 ( Peringkat Kebangsaan )

Alhamdulillah... sekolah kami berjaya menjadi Johan untuk pertandingan di peringkat negeri... Oleh itu, kami mewakili negeri Kedah untuk bertanding di peringkat Kebangsaan.
Beberapa penambah baikan yang kami lakukan untuk menarik minat juri.
Pada hari ini, juri-juri Jabatan Penerangan datang sekali lagi untuk menilai hasil kerja kami..
Moga kami berjaya..