Sabtu, 23 September 2017

Lawatan Sambil Belajar di Langkawi

Destinasi lawatan pada kali ini ialah Pulau Langkawi. Lawatan bermula 21 hingga 23 September.

Tujuan lawatan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid. Alhamdulillah program berjalan lancar. 

Moga murid-murid dapat menerima input yang berguna sepanjang lawatan dijalankan.

Selasa, 19 September 2017

Majlis Apresiasi Keceriaan Negaraku 2017

Pada hari ini, Guru Besar iaitu Cikgu Khairuddin dan Cikgu Hayazi ke Dataran DSA di Jeti Semeling, Sungai Petani untuk menerima sijil, plak dan wang tunai bagi kejayaan Johan Pintu Gerbang dan Johan Hiasan Kawasan Sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini.

Ahad, 17 September 2017

Program Pasca UPSR 1

Murid-murid tahun 6 mengikuti kursus pengendalian jenazah yang dianjurkan oleh Masjid At-Tuqa dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Taka.
Moga ilmu fardu kifayah ini, dapat menjadi bekalan kepada mereka kelak.



Isnin, 11 September 2017

Selamat Menduduki Ujian UPSR

Seramai 21 orang calon akan menduduki UPSR bermula pada 11-14 Oktober 2017.
Warga sekolah mendoakan kejayaan kamu semua.
Sepanjang peperiksaan, para waris dan guru akan membaca surah Yasin.


Khamis, 7 September 2017

Pertandingan Keceriaan Negaraku 2017 ( Peringkat Kebangsaan )

Alhamdulillah... sekolah kami berjaya menjadi Johan untuk pertandingan di peringkat negeri... Oleh itu, kami mewakili negeri Kedah untuk bertanding di peringkat Kebangsaan.
Beberapa penambah baikan yang kami lakukan untuk menarik minat juri.
Pada hari ini, juri-juri Jabatan Penerangan datang sekali lagi untuk menilai hasil kerja kami..
Moga kami berjaya..


Rabu, 23 Ogos 2017

Pertandingan Keceriaan Negaraku 2017 ( Peringkat Negeri )

Pada tahun ini, pihak sekolah menyahut cabaran untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Negaraku dalam kategori Pintu Gerbang dan Kawasan Sekolah.

Warga sekolah dengan kerjasama kuat daripada waris-waris bertungkus lumus menghias kawasan sekolah pada setiap hari, bermula daripada pertengahan bulan 7.

Pada hari ini, juri-juri daripada Pejabat Penerangan Negeri Kedah datang untuk mengadili hasil kerja kami.
Doakan kejayaan kami yer...

 tema hari kebangsaan pada tahun ini

 pintu gerbang



 menunggu ketibaan juri


 bacaan doa

silat sambut oleh Cikgu Sujari

Isnin, 10 Julai 2017

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Selamat Hari Raya Semua...

Hari ini pihak sekolah menjayakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.

Terima kasih kami ucapkan kepada AJK PIBG dan para waris yang banyak membantu dalam penyediaan juadah dan sumbangan yang diberikan untuk menjayakan program ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, jamuan ini bermula pada pukul 12 tengah hari.

Sambutan hari raya sungguh meriah... Kehadiran waris, guru-guru dari sekolah berhampiran, wakil-wakil daripada PPD, dan majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato Nor Sabrina bin Mohd Nor, ADUN Bandar Baharu.

Pelbagai juadah yang disediakan :

Lemang, ketupat dan rendang ayam

Nasi arab dan daging masak hitam

Laksa dan bihun sup

Cendol dan cucur kembung

Chocolate Fountain dan dadih

Ais krim goyang dan air sirap soda

Kuih raya

Durian

Ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada kali ini...