Ahad, 21 Mei 2017

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

Sepanjang minggu ini iaitu 21/5 hingga 25/5, peperiksaan pertengahan tahun akan dijalankan.

Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid.

Moga dengan adanya peperiksaan ini, murid dapat menilai tahap penguasaan mereka.



Sabtu, 20 Mei 2017

Bola Sepak Piala FA - KEDAH VS PAHANG

Pada malam ini, pihak sekolah bekerjasam dengan pihak PIBG dan JKK Sungai Taka untuk memasang layar di dataran waris bagi menonton perlawanan bola sepak.

Terima kasih diucapkan kepada Dato Nor Sabrina di atas sumbangan jamuan makan dan minum pada malam ini.

Pihak sekolah turut menggerakkan tabung PIBG pada malam ini untuk menambah dana sedia ada.

Pulun Kedah Pulun....Pulun Kedah Pulun.....Pulun Kedah Pulun.....










Kembara Kemanusia 2017

Kembara Kemanusia ini merupakan satu program yang dijalankan untuk meringankan beban waris-waris yang berpendapatan rendah. Melalui program ini bantuan seperti beras, gula, tepung, garam, kurma dan biskut disalurkan kepada beberapa waris yang telah dikenalpasti sebagai penerima.

Terima kasih pihak sekolah mengucapkan kepada Dato Nor Sabrina, 
ADUN Serdang di atas sumbangan yang diberikan. 

Turut menyumbang ialah Hamba Allah dari Kulim Hi-Tech, guru-guru dan staf SK Sungai Taka, 
serta waris-waris

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran wakil daripada PPD Kulim Bandar Baharu iaitu Encik Ismail bin Mohamad.

Wakil PPD dan guru-guru pergi ke rumah penerima sumbangan untuk menyerahkan barangan bantuan.

- penerima sumbangan -

- persiapan -

- konvoi bergerak -






- salah seorang penerima, keadaan lumpuh -



















- sumbangan mesin basuh -







- sumbangan daripada Dato Nor Sabrina -

- jamuan makan -

Selasa, 16 Mei 2017

Sambutan Hari Guru

Seperti biasa, kehadiran 16 Mei setiap tahun sentiasa dinantikan oleh para guru.
Sambutan hari guru pada kali ini dijalankan secara sederhana.

TEMA GURU : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
- bacaan yaasin dan tahlil
- ucapan guru besar
- bacaan teks ucapan Menteri Pelajaran
- sukaneka (pertandingan congkak dan bola tampar)
- persembahan murid
- jamuan murid, guru dan pibg



















- waris johan bola tampar, keputsan 2/1 -


- no3 congkak -

- no 2 congkak -

- no 1 congkak -

- Ustaz Najib menyumbangkan papan tanda nama dewan " Dewan Seri Gemilang" -