Ahad, 26 Februari 2017

Penyampaian Sijil dan Medal

Pada hari ini, Tuan Haji Khairuddin bin Jaffar (Guru Besar) menyampaikan sijil dan medal kepada pemain-pemain bola tampar. Pemain-pemain ini juga diraikan dengan jamuan ringan pada waktu rehat.

Tahniah dan teruskan usaha anda.



Meraikan Hari Lahir Murid Bulan 1 dan 2

Pada hari ini murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari diraikan bersama-sama. Guru Besar menyampaikan kupon makan kepada mereka.






PK HEM iaitu Encik Romlan bin Hamid turut mengumumkan kelas bersih bagi bulan Februari ialah kelas TAHUN 1 UUM dan sumbangan sebanyak RM30 diberikan kepada kelas tersebut.


Khamis, 16 Februari 2017

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT KBB 2017

Pada 16 Feb pasukan bola tampar lelaki dan perempuan SKSTA telah bertanding bola tampar peringkat daerah di SMK Badlishah.

Alhamdulillah walaupun pertama kali menghantar pasukan untuk bertanding, pasukan SKSTA berjaya memberi saingan sengit pada pasukan-pasukan yang lain.

Pada kali ini, pasukan perempuan SKSTA berjaya mendapat NAIB JOHAN manakala pasukan lebih berjaya ke pusingan 6 terbaik. Tahniah diucapkan kepada pemain. Insyaallah tahun depan kita akan terus bersaing,



Ahad, 5 Februari 2017

JOM PI SEKOLAH

Program JOM PI SEKOLAH adalah program yang dijalankan oleh PDRM dengan kerjasama sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk menarik minat murid hadir ke sekolah.

Terima kasih pihak sekolah mengucapkan kepada anggota polis dari Balai Polis Serdang kerana sudi hadir untuk melancarkan program ini. Moga hubungan polis dan masyarakat semakin erat.