Ahad, 22 Januari 2017

Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2017

Pada hari ni majlis pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah dilancarkan.

Program ini memberi penekanan kepada murid tentang membudayakan tabiat membaca.

Dengan membaca murid-murid dapat memperoleh pelbagai maklumat baru dan meningkatkan kosa kata.

Program ini dirasmikan oleh Guru Besar, Tn Hj Khairuddin bin Jaffar.











Ahad, 8 Januari 2017

Majlis Penyampaian Watikah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas

Pada perhimpunan pagi ini, majlis penyampaian watikah dijalankan.

Guru besar menyampaikan watikah dan baju vase kepada para pengawas.

Ketua dan penolong ketua pengawas juga diumumkan kepada semua murid.
Ketua pengawas : Zulaikha Athirah
Penolong ketua pengawas : Mashitah




Khamis, 5 Januari 2017

KEM KEPIMPINAN 2017

Alhamdulillah, hari ini suatu program kem kepimpinan dijalankan untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua serta penolong ketua kelas. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi input agar para peserta bersedia melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan.

Program kali ini lebih santai untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif dan tidak memberi tekanan kepada pada peserta. Pihak sekolah mengucap tahniah kepada semua murid yang terpilih dan berharap murid-murid ini dapat melaksanakan tugas dengan baik.









Ahad, 1 Januari 2017

Hari Pertama Persekolahan 2017

Alhamdulillah...Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2017.
Tahniah kepada semua murid yang hadir ke sekolah padai hari ini. Teruskan perjuangan kamu.


Pentadbir, guru bertugas dan wakil PIBG berada dihadapan pintu pagar untuk menyambut murid datang ke sekolah.


Murid-murid berbaris di tapak perhimpunan.


Cikgu Sujari bin Mohamed Ehsan berucap selaku guru bertugas pada minggu pertama.




Ucapan daripada wakil pentadbir iaitu En. Rosli bin Che Din