Khamis, 22 Jun 2017

Sumbangan Duit Raya dan Bubur Lambuk daripada guru-guru

Hari ini merupakan hari terakhir sekolah sebelum murid-murid bercuti sempena hari raya.

Guru-guru membuat kutipan untuk menyampaikan sumbangan duit raya dan bubur lambuk kepada semua murid dan staf.

Alhamdulillah program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar.
1. Menyediakan bubur lambuk
2. Menyampaikan duit raya
3. Murid bersalaman dengan guru sebelum pulang

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG dan pihak kantin sekolah kerana membantu dalam menyediakan bubur lambuk.

Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya......












Isnin, 19 Jun 2017

Malaysia Quran Hour & World Quran Hour

Padi hari ini, pihak sekolah mnegumpulkan semua murid dan guru
 untuk bersama-sama menjayakan program 
Malaysia Quran Hour / World Quran Hour.

Program ini dijalankan selama 1jam.
Pihak sekolah menjalankan bacaan secara talaqqi.
Ustaz Akmal Nizam mengetuai bacaan pada hari ini.



Ahad, 18 Jun 2017

Sumbangan Duit Raya daripada Dato Aziz bin Sheikh Fadzir, Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu

Murid-murid menerima sumbangan duit raya daripada Dato Aziz yang disampaikan oleh Encik Hizbullah, YDP PIBG SK Sungai Taka. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.