SEJARAH SEKOLAH


           Sekolah Kebangsaan Sungai Taka diasaskan pada tahun 1923 dengan nama asalnya "Sekolah Rakyat Sungai Taka" mengambil sempena nama sungai yang mengalir berdekatan sekolah. Dengan keluasan 16' x 16' menepati tema sekolah atap bertiangkan kayu bulat, bumbung lima, beratapkan zink, manakala dinding dan lantainya papan. Sekolah ini mengorak langkah merintis seruan insan berilmu pemangkin kemerdekaan. Encik Md Lazim bin Abdul Ghani telah dilantik sebagai Guru Besar pertama untuk menaungi 6 orang pelajar berjiwa keilmuan dengan darjah tertinggi adalah darjah lima.
           Bangunan kedua dibina 11 tahun kemudian, diikuti pembinaan seterusnya pada tahun 1940 dan 1956. Selaras dengan kemudahan infrastuktur pendidikan era merdeka. Pada tahun 1972 telah dibina 2 blok bangunan yang mempunyai 8 bilik darjah, berpejabat dan bekalan air. Bangunan tersebut kekal hingga tahun 2000.
           Pada tahun 1999, 2 lagi bangunan tambahan dengan 6 bilik darjah serta dewan serbaguna. Bilangan pelajar pada tahun 2001 ialah seramai 224 orang, manakala kakitangan akademik seramai 14 orang dan kakitangan sokongan seramai 5 orang.
           Kini, sekolah Kebangsaan Sungai Taka, selain mempunyai kemudahan asas,juga memiliki padang permainan, gelanggang badminton dan sepak takraw serta tempat meletak basikal murid. Selain kemudahan tersebut, 5 unit rumah gurukelas G turut didirikan.