Sabtu, 29 Oktober 2016

Pertandingan Memanah

Mahrojan Memanah Peringkat Negeri Kedah

Beberapa orang wakil murid SK Sungai Taka menyertai pertandingan memanah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang dijalankan di Taman Hi-Tech Kulim.

Alhamdulillah 2 orang murid berjaya merangkul kejayaan pada pertandingan ini dalam kategori perempuan bawah 12 tahun.

NUR AMAL HARIRAH BINTI ABDUL RASHID
Johan


 NUR ALIS QISTINA BINTI MD RODZI
Naib Johan






Rabu, 26 Oktober 2016

Kempen Membaca dan Program Klik Dengan Bijak

Program pasca UPSR diteruskan lagi dengan aktiviti Kempen Membaca dan Program Klik Dengan Bijak.

Sekolah menerima kunjungan daripada wakil Perpustakaan Desa Sg Taka dan Pusat Internet 1 Malaysia Sg Batu bagi menjayakan program ini.








Guru besar menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil Perustakaan Desa dan Pusat Internet










 Hadiah kepada johan kumpulan sepanjang aktiviti dijalankan


Terima kasih pihak sekolah ucapkan....

Khamis, 20 Oktober 2016

Program Road Tour Daerah Bandar Baharu

Salah satu program pasca UPSR yang dijalankan ialah tentang salah guna dadah dan bahaya rokok.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil AADK dan wakil Klinik Kesihatan Serdang kerana berkongsi ilmu dengan kami.











Rabu, 12 Oktober 2016

Program Pasca UPSR 2016

Hari ini murid berkesempatan untuk belajar cara memasak chicken chop dan black pepper sauce...tahniah kepada semua murid yang berusaha untuk menghasilkan masakan yang sedap...














Sabtu, 8 Oktober 2016

Hari Sukan Negara 2016

Hari ini warga sekolah berkumpul bersama-sama dengan penduduk-penduduk kampung daripada Kampung Setali, Kampung Jermai, Kampung Bonggol Durian, Kampung Sungai Taka, dan Kampung Medan untuk menjayakan aktiviti Hari Sukan Negara 2016.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, jalan 10000 langkah, pertunjukkan motorcross, sukaneka dan cabutan bertuah.




Terima kasih kepada JKK Kampung Sungai Taka, JKK Kampung Bonggol Durian dan JKK Kampung Medan di atas sumbangan yang diberikan untuk menjayakan program pada kali ini.

Ayuhlah kita mengamalkan aktiviti bersukan untuk menjaga kesihatan diri.





Khamis, 6 Oktober 2016

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform di Omland SP

Perkhemahan dijalankan pada 6 dan 7 Oktober 2016 bertempat di Omland, Sungai Petani.
Perkhemahan ini melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK Sungai Taka, SK Gunung Bongsu dan SK Kulim Bandar. Majlis penutupan disempurnakan oleh YB Dato Nor Sabrina binti Mohd Noor iaitu ADUN Serdang merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

 ice breaking

 merentas bakau

 survival

flying fox
majlis penutupan