Ahad, 30 April 2017

Ceramah Israk Mikraj

Alhamdulillah, hari ini pihak sekolah menganjurkan ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh 
Tuan Haji Mohd Najib bin Ahmad - Mantan PK Pentadbiran SK Sungai Taka.

Tujuan majlis utama majlis ini untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, guru-guru dan murid-murid dapat mengambil ibrah daripada peristiwa Israk Mikraj.

- Ustaz Najib -



- pemenang kuiz -

- penyampaian cenderahari kepada penceramah -


Ahad, 23 April 2017

Pelancaran Buku Panduan Disiplin Murid - SK Sungai Taka

Pada perhimpunan kali ini, majlis pelancaran buku panduan disiplin murid telah dilancarkan.

Sebagai simbolik, Guru Besar menyempurnakan majlis dengan menyerahkan buku panduan ini kepada pengawas sekolah.

Di dalam buku ini terdapat penerangan seperti tatacara pakaian semasa di sekolah, barangan yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah, kesalahan-kesalahan disiplin dan maklumat lain berkaitan disiplin.

Moga buku ini dapat dijadikan panduan oleh murid-murid SK Sungai Taka dan disiplin murid dapat ditingkatkan.

- ketua pengawas mengetuai senarai penerima buku panduan -

- penolong ketua pengawas -







Rabu, 19 April 2017

Sambutan Hari Lahir Guru - Bulan 1 hingga Bulan 4

             


           Selain majlis pelancaran Englis Day, pihak sekolah turut mengadakan majlis meraikan guru-guru yang lahir pada bulan 1 hingga bulan 4.


           Murid-murid yang lahir pada bulan 4, sekali lagi diraikan bersama-sama dalam majlis ini.
Kek-kek adalah sumbangan daripada PK HEM iaitu En. Romlan bin Hamid dan waris-waris SK Sg Taka.



Guru-guru bersama-sama memotong kek.











Selamat hari lahir kepada PK Pentadbiran, En. Rosli bin Ceh din

Ahad, 16 April 2017

Taklimat Pendaftaran Tahun 1 dan Pra-sekolah Bagi Sesi 2018/2019

Pada hari ini, unit Hal Ehwal Murid SK Sg Taka telah mengadakan sesi taklimat pendaftaran kemasukan tahun 1 dan pra-sekolah bagi sesi 2018/2019.

Taklimat ini diadakan bertujuan memberi penerangan kepada para waris tentang tatacara mengisi permohonan secara online.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pihak Pusat Internet 1 Malaysia, Mukim Sungai Batu. Oleh itu, waris-waris yang ingin mengisi permohonan boleh merujuk kepada staf pusat internet tersebut. Terima kasih diucapkan kepada staf pusat internet yang turut membantu.

Tarikh tutup permohonan ialah 30 April 2017.

- pendaftaran -


ucapan PK HEM

- penerangan pendafataran oleh Guru Besar -



Pelancaran Englis Day

Pada perhimpunan mingguan kali ini, pihak sekolah mengadakan Majlis Pelancaran English Day.
Setiap Hari Rabu merupakan hari English Day, 
semua guru, staf dan murid-murid perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.





Majlis ini dirasmikan oleh NYDP PIBG SK Sg Taka iaitu En Norani





Moga dengan adanya program seperti ini, kemahiran komukasi di dalam bahasa inggeris dapat ditingkatkan.

Ahad, 2 April 2017

Sambutan Hari Lahir Murid Bulan 4 dan Kelas Bersih Bulan 3

Pada perhimpunan mingguan kali ini, majlis meraikan murid-murid yang lahir pada bulan 4 turut dijalankan.

Pada bulan 4 ini juga merupakan bulan kelahiran bagi Guru Besar SK Sg Taka, 
En. Mohamed Khairuddin bin Jaffar. Oleh itu, sesi pemotongan kek ketuai oleh beliau.





Majlis diteruskan dengan penyampaian Cek kepada kelas terbersih bagi bulan 3. 
Pada kali ini, kelas terbersih dimenangi oleh murid-murid dari kelas tahun 1. 




Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan kelas mereka.