Isnin, 10 Julai 2017

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Selamat Hari Raya Semua...

Hari ini pihak sekolah menjayakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.

Terima kasih kami ucapkan kepada AJK PIBG dan para waris yang banyak membantu dalam penyediaan juadah dan sumbangan yang diberikan untuk menjayakan program ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, jamuan ini bermula pada pukul 12 tengah hari.

Sambutan hari raya sungguh meriah... Kehadiran waris, guru-guru dari sekolah berhampiran, wakil-wakil daripada PPD, dan majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dato Nor Sabrina bin Mohd Nor, ADUN Bandar Baharu.

Pelbagai juadah yang disediakan :

Lemang, ketupat dan rendang ayam

Nasi arab dan daging masak hitam

Laksa dan bihun sup

Cendol dan cucur kembung

Chocolate Fountain dan dadih

Ais krim goyang dan air sirap soda

Kuih raya

Durian

Ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada kali ini...