Ahad, 23 April 2017

Pelancaran Buku Panduan Disiplin Murid - SK Sungai Taka

Pada perhimpunan kali ini, majlis pelancaran buku panduan disiplin murid telah dilancarkan.

Sebagai simbolik, Guru Besar menyempurnakan majlis dengan menyerahkan buku panduan ini kepada pengawas sekolah.

Di dalam buku ini terdapat penerangan seperti tatacara pakaian semasa di sekolah, barangan yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah, kesalahan-kesalahan disiplin dan maklumat lain berkaitan disiplin.

Moga buku ini dapat dijadikan panduan oleh murid-murid SK Sungai Taka dan disiplin murid dapat ditingkatkan.

- ketua pengawas mengetuai senarai penerima buku panduan -

- penolong ketua pengawas -