Ahad, 9 Julai 2017

Persediaan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Hari ini guru-guru yang tiada kelas, bertungkus lumus menyediakan 
persiapan untuk sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.

AJK PIBG turut bersama membantu.

Antara tugasan yang dilakukan pada hari ini ialah :

Pagi
1. Mencari buluh lemang
2. Memotong daging
3. Membasuh buluh lemang
4. Memasng khemah

Petang
1. Membakar lemang
2. Memasak ketupat palas
3. Memasak daging masak hitam
4. Membakar ayam
5. Membasuh ayam
6. Memotong bawang

Malam
Bacaan tahlil dan makan