Selasa, 15 November 2016

Majlis Graduasi / Jamuan Tahun 6

Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Waris Tahun 6.

Tahniah diucapkan kepada semua waris yang bertungkus lumus untuk menyiapkan juadah makan. Semuanya sedap-sedap.

Pelbagai makanan yang disediakan pada malam ini antaranya, kambing bakar, ayam percik, mee kari, bakso, spegetti, lemang, ketupat, rendang, nasi putih lauk gulai ikan talang, ulam-ulaman, dadih, tapai,popia, kek dan berbagai lagi. Senang cerita kenyang perut, senang hati.

Majlis ini diadakan untuk meraikan tahun 6 yang akan ke sekolah baru pada tahun hadapan. Doa kami kepada murid-murid tahun 6 agar memperoleh kejayaan di dalam UPSR.














Tahniah diucapkan kepada waris-waris tahun 6 yang sepakat dalam menjalankan aktiviti ini.