Isnin, 21 November 2016

Perjumpaan Guru SKSTA bersama waris murid tahun 6 2017

Majlis ini dijalankan bertujuan untuk memberi gambaran kepada para waris tentang peranan ibu bapa untuk kecemerlangan anak-anak.

Dengan adanya majlis seperti ini, diharapkan ibu bapa dapat memberi galakan kepada anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti sekolah berlangsung.



Ustaz Mohd Najib bin Ahmad
Mantan PK Pentadbiran dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada guru, waris dan murid tahun 6 sesi 2017.