Rabu, 9 November 2016

Lawatan Sambil Belajar

Rombongan / Lawatan sambil belajar ke Alor Setar, Kedah.

Lawatan ini melibatkan seramai 38 orang murid dan 6 orang guru pengiring.

Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Sains Negara, Muzium Padi, Masjid Al-Bukhari, Menara Alor Setar, Pekan Rabu, Masjid Zahir dan Aman Sentral.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Kedah.

Alhamdulillah lawatan ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan.

Terima kasih kepada YB Dato Nor Sabrina binti Mohd Noor (ADUN Bandar Baharu), Pihak Pengakap Negeri Kedah dan Pihak Komuniti Bestari, Mukim Sungai Batu yang memberi sumbangan makanan kepada peserta rombongan. Terima kasih kami ucapkan.